~Assalamualaikum....~
Ya Allah jauhkanlah aku daripada siksaan api neraka ini...Peliharalah aku daripada keburukan dunia dan kuatkan lah imanku supaya aku tidak terpesong darimu-Mu Ya Allah...Ameen...
Siksaan ini diperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW ketika
melalui peristiwa Israk dan Mikraj, membuatkan Rasulullah menangis setiap kali
mengenangkannya.
Dalam perjalanan itu, antaranya Baginda diperlihatkan (1)
perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka
adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki
lain.
Seksaan lain yang diperlihatkan Baginda ialah (2) perempuan
yang digantung dengan lidahnya dan (3) tangannya dikeluarkan daripada punggung
dan (4) minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan
yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.
Baginda juga melihat bagaimana (5) perempuan digantung buah
dadanya dari arah punggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya.
Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya.
Ada pula (6) perempuan diikat dua kakinya serta dua
tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking. Mereka
adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu
mengerjakannya, tidak berwuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar
rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan tidak mandi iaitu tidak
bersuci selepas habis haid dan nifas.
Selain itu, Baginda melihat (7) perempuan yang makan daging
tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala. Mereka adalah
perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib
orang lain.
Baginda juga melihat (8) perempuan yang memotong badannya
sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka
memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya.
Seksaan lain yang dilihat Baginda ialah (9) perempuan yang
kepalanya seperti kepala :censored: dan badannya pula seperti keldai. Mereka
adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.
Ada pula perempuan yang Baginda nampak yang (10) rupanya
berbentuk anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam
mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah
kepada suaminya dan memfitnah orang lain.
Wallahualam
No comments:
Post a Comment